Saturday 22 November 2014

Muka Taip Logo

Tulisan dibawah digunakan untuk mereka bentuk logo dan tulisan tersebut sesuai untuk jenis logo S.E.S PESONA.


                                    Tulisan : Adobe Garamond

Add caption
 Jarak Tulisan : Standard

Logo yang dihasilkan


Thursday 6 November 2014

SITEMAP



BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN



   PENGENALAN

   Bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah metodologi yang berkesan bagi memudahkan proses mendapatkan data sama ada melalui kajian lapangan mahupun melalui kajian kesusasteraan. Metodologi yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang disasarkan oleh pengkaji. Pemilihan metodologi yang sesuai penting bagi mengelakkan data yang dipungut menjadi sia-sia.      Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah bagi mendapatkan data primer dan sekunder sebagai sumber maklumat kepada pengkaji.
   Selain itu, pengkaji akan menerangkan proses yang akan dilakukan semasa aktiviti pengumpulan data dijalankan. Bagi melengkapkan kajian, pengkaji terlebih dahulu mengenal pasti lokasi kajian, memilih kaedah yang sesuai untuk mendapatkan data dan mengenalpasti populasi di kawasan kajian. Justeru pengkaji juga akan membuat persampelan, memilih instrument kajian yang bersesuaian dan mengenalpasti limitasi kajian.
Metodologi kajian merupakan elemen penting bagi membuktikan kesasihan kajian. Hal ini demikian kerana metodologi kajian digunakan sebagai bukti yang menyokong kebenaran data supaya kajian yang dikaji menemui jawapan yang dikehendaki. Proses metodologi yang sempurna dan bersistematik akan memenuhi keperluan kajian serta hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan yang boleh diguna pakai oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan topik kajian yang telah dijalankan.


1.      Kaedah Kualitatif

2.      Kaedah Kuantitatif

BAB 2 : KAJIAN LEPAS






KAJIAN LEPAS
   
Bagi kejayaan atau keberkesaan terhadap sesuatu organisasi adalah bergantung kepada pengetahuan, kepakaran serta daya cipta seseorang pereka untuk menghasilkan sesuatu rekaan  akan mewujudkan agar dikenali oleh masyarakat. Kejayaan sesuatu rekaan logo yang unik dan berkesan akan memberi impak kepada persepsi masyarakat dan seterusnya akan mewujudkan sebuah identiti korporat yang berjaya. Identiti korporat yang berkesan akan memberi impak kepada persepsi masyarakat.
             Hasil kajian dari Balmer Edmund R Gray (2001), iaitu menerangkan perbandingan dan persaingan di antara identiti korporat dan komunikasi korporat. Menurut kajian mereka tentang bagaimanakah cara yang lazim digunakan untuk menangani masalah identiti korporat supaya lebih progresif dan efektif.
 John dan Edmund (2003), yang mencadangkan untuk melihat lebih jelas lagi masalah identiti ini, tinjauan terhadap komunikasi korporat telah dilakukan. Komunikasi korporat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian utama yang menerangkan tentang imej positif sesebuah firma dan mempunyai reputasi yang baik. Bahagian kedua pula menjelaskan tentang  satu reka bentuk sokongan yang akan menyokong kepada bahagian pertama. Bagi bahagian ketiga pula ialah komunikasi akan lebih positif dan keputusan reputasi yang terbaik akan tercapai sekiranya kedua-kedua bahagian dikendalikan dengan baik. Jesteru itu, bagi John dan Edmund persaingan di antara komunikasi korporat akan memberi impak yang baik kepada sesebuah organisasi sekiranya dipandang dari sudut positif.
  Menurut Krause (2007), telah memberi pendedahan para pembaca bagi menghasilkan warna yang sempurna agar ia bersesuaian dengan apa jua bentuk ciptaan seperti logo, website, dan juga pembungkusan. Selain itu juga, memberi panduan tentang penggunaan illustrasi, bentuk dan juga corak yang harus dibuat.
Menurut Rowden (1998), dapat disimpulkan bahawa satu identiti korporat yang lengkap mestilah meliputi semua aspek komunikasi lisan, visual dan bertulis.
Menurut  Hembree (2000),  kejayaan identiti korporat ialah logo yang mudah diingati dan unik. Unsur-unsur grafik dan warna-warna yang digunakan yang mewakili falsafah dan prinsip sesebuah organisasi. Salah satu ciri yang paling penting ialah cara pengaplikasi elemen-elemen dalam organisasi seperti kad perniagaan, pakaian seragam dan sebagainya.
Menurut Silver (1994 ), beliau mengkaji tentang pelbagai jenis logo dahulu dan kini. Logo yang menggunakan imej sesebuah perniagaan tercipta dan terhasil dari perkembangan idea gabungan pereka-pereka terkenal dahulu dan kini dalam mereka bentuk tipografi dan symbol. Logo-logo yang terdapat dalam buku ini kebanyakannya telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Dalam proses mereka bentuk logo tersebut ia memberi lebih penekanan pada konsep senireka geometri yang berimejkan subjektif. Ini kerana, ia dapat menunjukkan keberkesanan logo tersebut dari aspek pemahaman iaitu mudah ditafsir dan difahami. Sesuatu logo yang dikatakan berkesan adalah logo yang mampu member kemajuan kepada sesebuah perniagaan.
Kajian lepas seterusnya oleh Veronica Napoles (1992), sesuatu kekuatan visual yang terdapat pada logo memberikan tindak balas yang baik terhadap sesuatu produk atau syarikat. Jika sesuatu syarikat mempunyai visual dalam logo yang bagus, masyarakat mudah untuk mengingati dan memberikan tindak balas yang positif terhadap sesebuah syarikat itu. Perusahaan plan komunikasi yang mempunyai pembaharuan dari segala aspek, terutamanya dari aspek identiti korporat yang merangkumi bahagian seperti visual dan layout atau rekaletak yang konsisten dalam perlabelan, identiti syarikat dan material pembungkusan akan memastikan keberkesanan sesebuah syarikat tersebut dalam pasaran. Hal ini demikian dapat menjadikan masyarakat mudah untuk mengingati dan memberikan tindak balas yang positif kepada sesuatu perusahaan yang dijalankan.
Menurut Jelani (2007), menyifatkan bahawa warna bagi sesebuah butik pakaian merangkumi warna sejuk. Jesteru itu, warna sejuk yang sesuai adalah dari warna hijau kerana ia lebih menyerlah berbanding warna sejuk lain. Tambah beliau lagi menerusi aspek pembungkusan, beliau menggunakan beg kertas yang mempunyai bentuk mahkota dibahagian atas beg kertas yang dijadikan lambang pada logo butik Anggun Collection tersebut. Hal ini, bertujuan untuk memperlihatkan simbol perkahwinan melalui bentuk mahkota tersebut.

KESIMPULAN





Setelah mengkaji beberapa elemen korporat yang berkaitan dengan S.E.S PESONA yang sedia ada, maka penyelidik telah mengenalpasti permasalahan dan kelemahan yang dihadapi oleh S.E.S PESONA.. Sesuatu rekaan yang menarik akan memberi impak yang positif dan dapat menarik perhatian masyarakat mengenai kewujudan butik pakaian.

SKOP KAJIAN



   Kajian ini dijalankan di sekitar bandar Kuching. Kedudukan S.E.S PESONA yang strategik telah memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini mengfokuskan berkaitan dengan identiti korporat S.E.S PESONA. Penyelidikan ini merangkumi dari aspek konsep rekaan dalam identiti korporat iaitu reka bentuk korporat, komunikasi korporat dan kelakuan korporat. Hasil daripada penyelidikan ini pengkaji dapat menilai tahap keberkesanan rekaan identiti korporat S.E.S PESONA yang telah dicadangkan dengan rekaan yang asal.