PENGENALAN
Bagi melengkapkan
kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah metodologi yang berkesan bagi
memudahkan proses mendapatkan data sama ada melalui kajian lapangan mahupun
melalui kajian kesusasteraan. Metodologi yang dijalankan adalah bertujuan untuk
mencapai objektif yang disasarkan oleh pengkaji. Pemilihan metodologi yang
sesuai penting bagi mengelakkan data yang dipungut menjadi sia-sia. Kaedah
penyelidikan yang dijalankan adalah bagi mendapatkan data primer dan sekunder
sebagai sumber maklumat kepada pengkaji.
Selain
itu, pengkaji akan menerangkan proses yang akan dilakukan semasa aktiviti
pengumpulan data dijalankan. Bagi melengkapkan kajian, pengkaji terlebih dahulu
mengenal pasti lokasi kajian, memilih kaedah yang sesuai untuk mendapatkan data
dan mengenalpasti populasi di kawasan kajian. Justeru pengkaji juga akan
membuat persampelan, memilih instrument kajian yang bersesuaian dan
mengenalpasti limitasi kajian.
Metodologi
kajian merupakan elemen penting bagi membuktikan kesasihan kajian. Hal ini
demikian kerana metodologi kajian digunakan sebagai bukti yang menyokong
kebenaran data supaya kajian yang dikaji menemui jawapan yang dikehendaki.
Proses metodologi yang sempurna dan bersistematik akan memenuhi keperluan
kajian serta hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan yang boleh diguna
pakai oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan topik kajian yang telah
dijalankan.
1. Kaedah
Kualitatif
2. Kaedah
Kuantitatif
No comments:
Post a Comment