KAJIAN LEPAS
Bagi
kejayaan atau keberkesaan terhadap sesuatu organisasi adalah bergantung kepada
pengetahuan, kepakaran serta daya cipta seseorang pereka untuk menghasilkan
sesuatu rekaan akan mewujudkan agar
dikenali oleh masyarakat. Kejayaan sesuatu rekaan logo yang unik dan berkesan
akan memberi impak kepada persepsi masyarakat dan seterusnya akan mewujudkan
sebuah identiti korporat yang berjaya. Identiti korporat yang berkesan akan
memberi impak kepada persepsi masyarakat.
Hasil
kajian dari Balmer Edmund R Gray (2001), iaitu
menerangkan perbandingan dan persaingan di antara identiti korporat dan
komunikasi korporat. Menurut kajian mereka tentang bagaimanakah cara yang lazim
digunakan untuk menangani masalah identiti korporat supaya lebih progresif dan
efektif.
John dan Edmund (2003), yang mencadangkan
untuk melihat lebih jelas lagi masalah identiti ini, tinjauan terhadap
komunikasi korporat telah dilakukan. Komunikasi korporat terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian utama yang menerangkan tentang imej positif sesebuah
firma dan mempunyai reputasi yang baik. Bahagian kedua pula menjelaskan
tentang satu reka bentuk sokongan yang
akan menyokong kepada bahagian pertama. Bagi bahagian ketiga pula ialah
komunikasi akan lebih positif dan keputusan reputasi yang terbaik akan tercapai
sekiranya kedua-kedua bahagian dikendalikan dengan baik. Jesteru itu, bagi John
dan Edmund persaingan di antara komunikasi korporat akan memberi impak yang
baik kepada sesebuah organisasi sekiranya dipandang dari sudut positif.
Menurut Krause (2007), telah memberi
pendedahan para pembaca bagi menghasilkan warna yang sempurna agar ia
bersesuaian dengan apa jua bentuk ciptaan seperti logo, website, dan juga
pembungkusan. Selain itu juga, memberi panduan tentang penggunaan illustrasi,
bentuk dan juga corak yang harus dibuat.
Menurut
Rowden (1998), dapat disimpulkan bahawa satu identiti korporat yang lengkap
mestilah meliputi semua aspek komunikasi lisan, visual dan bertulis.
Menurut
Hembree (2000), kejayaan identiti korporat ialah logo yang
mudah diingati dan unik. Unsur-unsur grafik dan warna-warna yang digunakan yang
mewakili falsafah dan prinsip sesebuah organisasi. Salah satu ciri yang paling
penting ialah cara pengaplikasi elemen-elemen dalam organisasi seperti kad
perniagaan, pakaian seragam dan sebagainya.
Menurut
Silver (1994 ), beliau mengkaji tentang pelbagai jenis logo dahulu dan kini.
Logo yang menggunakan imej sesebuah perniagaan tercipta dan terhasil dari
perkembangan idea gabungan pereka-pereka terkenal dahulu dan kini dalam mereka
bentuk tipografi dan symbol. Logo-logo yang terdapat dalam buku ini
kebanyakannya telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Dalam proses
mereka bentuk logo tersebut ia memberi lebih penekanan pada konsep senireka geometri
yang berimejkan subjektif. Ini kerana, ia dapat menunjukkan keberkesanan logo
tersebut dari aspek pemahaman iaitu mudah ditafsir dan difahami. Sesuatu logo
yang dikatakan berkesan adalah logo yang mampu member kemajuan kepada sesebuah
perniagaan.
Kajian
lepas seterusnya oleh Veronica Napoles (1992), sesuatu kekuatan visual yang terdapat pada logo memberikan tindak
balas yang baik terhadap sesuatu produk atau syarikat. Jika sesuatu syarikat
mempunyai visual dalam logo yang bagus, masyarakat mudah untuk mengingati dan
memberikan tindak balas yang positif terhadap sesebuah syarikat itu. Perusahaan
plan komunikasi yang mempunyai pembaharuan dari segala aspek, terutamanya dari
aspek identiti korporat yang merangkumi bahagian seperti visual dan layout atau
rekaletak yang konsisten dalam perlabelan, identiti syarikat dan material
pembungkusan akan memastikan keberkesanan sesebuah syarikat tersebut dalam
pasaran. Hal ini demikian dapat menjadikan masyarakat mudah untuk mengingati
dan memberikan tindak balas yang positif kepada sesuatu perusahaan yang
dijalankan.
Menurut
Jelani (2007), menyifatkan bahawa warna bagi sesebuah butik pakaian merangkumi
warna sejuk. Jesteru itu, warna sejuk yang sesuai adalah dari warna hijau
kerana ia lebih menyerlah berbanding warna sejuk lain. Tambah beliau lagi
menerusi aspek pembungkusan, beliau menggunakan beg kertas yang mempunyai
bentuk mahkota dibahagian atas beg kertas yang dijadikan lambang pada logo
butik Anggun Collection tersebut. Hal ini, bertujuan untuk memperlihatkan simbol
perkahwinan melalui bentuk mahkota tersebut.
BEREHHHH
ReplyDelete