Wednesday 8 October 2014

LATAR BELAKANG SES PESONA



  •  S.E.S PESONA adalah gedung tekstill yang diterajui oleh Haji Said Ihsan Pengarah Urusan S.E.S PESONA yang terletak di Lot 200, Jalan Kulas Satok, 93050 Kuching Sarawak. Pembukaan gedung tekstill S.E.S PESONA memenuhi matlamat keperluan pelanggan dan teras kepada perkhidmatan  yang ditawarkan “ One Stop ” , ia menawarkan pelbagai koleksi mengikut cita rasa semua pelanggan dan mengikut aliran fesyen semasa. Dengan berinsipirasikan trend masa kini. S.E.S PESONA merupakan galeri menjual pelbagai jenis pakaian siap, aneka selendang dan tudung yang berkualiti sesuai dengan tagline S.E.S PESONA “Kerana Dirimu Begitu Mempesona”.
  • S.E.S. PESONA menawarkan koleksi selendang eksklusif dan tudung berkualiti dengan harga berpatutan. Ia juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk membeli pakaian di butik tersebut seperti menyediakan bilik persalinan bagi keselesaan pelanggan mereka. S.E.S PESONA mendapat Anugerah Kedai Patut, jenama S.E.S PESONA menepati pilihan pelanggan yang ingin tampil mempesona dan setiap kali ingin bergaya cantik menjelang setiap perayaan. Seiring visi S.E.S PESONA dalam menyediakan stok ‘up to-date’ yang menepati ciri pakaian islamik.

No comments:

Post a Comment