Wednesday 8 October 2014

PEMASALAHAN KAJIAN DAN OBJEKTIF KAJIAN


                                             

  • Dalam pernyataan masalah, penyelidikan akan menfokuskan kepada kajian identiti korporat S.E.S PESONA ialah visual identiti korporat yang kurang menonjol. Kekurangan imej S.E.S PESONA dapat dilihat dari sudut identiti korporatnya yang tidak mementingkan elemen-elemen senireka terutamanya dari segi susun atur, pembungkusan, warna, logo, muka taip dan sebagainya. Identiti korporat butik seperti tanda-tanda visual grafik yang lain masih tidak digunakan secara menyeluruh. Contohnya, uniform, business card, sampul surat, dan papan tanda yang tiada mengaplikasikan elemen grafik jika berbanding dengan butik lain.
  • Permasalahan seterusnya ialah masalah pembungkusan. Pembungkusan yang disediakan oleh S.E.S PESONA adalah kurang menonjol dari segi rekabentuk. Pembungkusan S.E.S PESONA hanya menggunakan kertas biasa untuk membuat beg kertas dan beg plastik. Malah tiada sebarang maklumat yang tertera pada pembungkusan tersebut seperti logo, alamat, email dan sebagainya.   
     
                                                       OBJEKTIF KAJIAN                

  1. Mengkaji identiti korporat bagi S.E.S PESONA.
  2. Menganalisa elemen grafik pada identiti korporat S.E.S PESONA.
  3.  Menghasilkan identiti korporat S.E.S PESONA yang muadah dikenali dan diingati.
  4. Membuat validasi perbandingan terhadap identiti S.E.S PESONA yang asal dan baru

    No comments:

    Post a Comment