Wednesday 8 October 2014

BAB 1: PENGENALAN KAJIAN IDENTITI KORPORAT



  • Identiti korporat adalah rekaan yang melambangkan imej dan identiti sesebuah organisasi atau syarikat. Menurut Balmer (1995), identiti korporat adalah “Pesona” sesebuah syarikat yang rekaannya selaras dan memudahkan syarikat tersebut mencapai objektif perniagaanya, ia dapat dilihat melalui penjenamaan dan pengunaan tanda perdagangan. Menurut beliau lagi identiti korporat wujud apabila pemilik sesebuah organisasi itu mempunyai prinsip organisasi yang ditunjukkan dengan jelas tentang budaya identiti korporat, iaitu mempunyai personaliti tersendiri untuk mencapai objektif syarikat mereka.

  • Nama dan logo adalah elemen utama yang perlu ada dalam sesebuah organisasi. Ia adalah sebagai trademark atau simbol kepada organisasi dan ia dikenali sebagai perkhidmatan atau produk yang dikeluarkan oleh organnisasi tersebut. Antara elemen-eleman identiti korporat adalah nama syarikat atau logo, warna , slogan, tipografi, reka letak dan lain-lain. Nama syarikat atau logo mesti mudah dibaca, difahami, menarik dan mudah diingati. Ia juga merupakan elemen asas dalam identiti korporat. Logo terdiri daripada logo yang menggunakan simbol dan menggunakan tipografi sahaja. Logo yang terbaik dapat bertahan lebih daripada sepuluh tahun tanpa sebarang perubahan dan sentiasa diingati oleh masyarakat. Logo biasa digunakan pada pengunaan kad perniagaan, sampul surat, poskad, risalah, kenderaan, pakaian seragam, dan sebagainya.





     


       

No comments:

Post a Comment